Assalamualaikum.
Peringatan : Entri ni serius panjang. Takde faedah. Kalau rasa takde masa, jangan baca hatta sebaris pun ! Hehe. Ini hanyalah kenangan untuk penulis blog. =)
Mode : Serba tak kena. Serba tak tau. Serba rindu-rinduan.
Bilang-membilang.
11 November 2008
12 November 2008
13 November 2008
18 November 2008
20 November 2008
21 November 2008
24 November 2008
25 November 2008
26 November 2008
27 November 2008
1 Disember 2008
11 hari. 11 hari yang menyaksikan jatuh bangun diri ni dalam dewan. The days that witnessed the precious tears rolling down my cheek. The days that witnessed how topsy-turvy I was when handling the questions. The days that will destine me to where I will be in the future. Ahh.
Susah. Susah nak telan kalau fikir balik. 5 tahun bertapa di sekolah menengah. Sedikit pengetahuan daripada sekolah rendah semua digaul sebati dalam 11 hari tu. Semua dicurah. Tak lebih dan tak kurang. Tak kurang? Ahh. Tipu. Ada terkurang. Kalau tak kurang, tak kan la boleh nangis kot? Haaaa...
Imbas kembali 11 hari yang bermakna tu. Walaupun nak biarkan aje dalam lipatan kenangan, tapi SPM sekali seumur hidup. Biarlah ada tercatat sedikit peristiwa tu kat blog ni. Hehe. :)
11 November 2008 :
Hari pertama SPM. Gugup? Lebih daripada tu. Otak duk fikir benda yang tak penting. Kejap nak menangis. Kejap nak ketawa. Kejap nak masam. Kejap nak sengih. Mood swing. Haha. Pergi sekolah dah agak lewat. Sampai tu, Cikgu Zura dah bagi taklimat. Entah, tak dengar apa yang dicakapkannya. Mata melilau atas kertas yang Cikgu Hatta bagi. Tangan mula sejuk. Erk... 0745, semua pelajar kena masuk dewan. Alahaii... Lemah sungguh. Salam cikgu-cikgu. Sebak.. sungguh sebak. Air mata menitis. Swing. :P Takleh lupa masa Cikgu Saadiah peluk, Cikgu Hamidah, Teacher Norbi. Sweet memory. Masa perjalanan naik tangga, Cikgu Sazali pesan, "Don't be panic." I'll try my very best, jawab dalam hati. Hehe. Masa sampai depan dewan. Haaaa... Sungguh tak tahan masa tu. Terus patah balik. Menangis lagi.. Memang swing. Tenangkan diri, langkah masuk dengan kaki kanan. Hmm.. Mata mencari pengawas-pengawas yang bertugas. Hari pertama. Sesi suai kenal antara mata. Haha. Karangan yang keluar tu takde la susah sangat. Pasal rumah kediaman idaman, sukan alat perpaduan, denggi, budi bahasa, pencemaran sungai. Sejarah I agak mencabar. Jawapan dia macam main hide-and-seek. Haha. Kena fikir panjang masa jawab. :D Bahasa Melayu II, boleh tahan. KBKK. Memang tu yang kerajaan nakkan sekarang. Otak ligat je berputar masa jawab. Merapu pun ada. Hehe. Kesimpulannya, hari pertama, titik tolak segala-galanya. Berjalan agak lancar walaupun masa nak masuk BM II tu, semput bukan kepalang. Terlewat ! Haha. Alhamdulillah.

12 November 2008 :
Hari kedua. Hmmm. Bahasa Inggeris. Untuk subjek ni, takde seorang pun yang spot soalan bahagian esei. Yang sampai di telinga hanyalah Article. Hmm. Goreng je la. Macam tak biasa buat karangan. Directed Writing okey je. Continuous Writing tu... :) Mula-mula ternampak tajuk "Examination - good or not?" Seperti kebiasaan, saya ni jenis skema. Tak suka fikir kompleks-kompleks. Nampak soalan tu, terus pensil melakar peta minda. Exam.. it's good.. for what? To remind students to always be ready. To.. to... Apa lagi..? Minda mencari idea. Lepas tu, mata ternampak soalan nombor 3. "My Perfect Future Husband". Am I going to write about this? Haha. Mood jiwang tu tetiba datang. Haha. Apa lagi. Peta minda dilakar. My future husband. He must be understanding.. Lagi?.. He should have hobby that I like. He needs to have sense of humour.... Romantic?.. Love my family..? I'm not perfect either. Hati berbisik. Hahahah. Rasa lawak je menulis benda jiwang-jiwang macam tu. Masa menulis tu, mata ni melilau takut pengawas ada yang terbaca. Buat malu je. Masa duk semak grammar tu, sengih sorang-sorang. Ye ke Hafizah yang tulis ni? Hehe. English II pun boleh tahan la. Semua soalan spot keluar. Sound Machine, If, reason why you find the ending sad or happy. Boleh jawab la. Insya Allah. :) Masa rehat cuma 1 jam 15 minit. Memang semua tekun hafal sejarah. Sejarah II belah petang. Ada soalan spot. Semua tertumpu pada soalan tu je. Masa masuk nak jawab tu... ha.. ha.. rasa nak tergelak pun ada. Yang spot tu, keluar ala besar biji kacang. Sikit sangat ! Haha. Yang esei tu, karang sungguh-sungguh. Dah tak tekan sangat. Nanar ! :P Waktu peperiksaan berjalan, yang takleh lupa masa Arifuddin tertidur. Ada pengawas tu, Cikgu Hishamudin pergi kejutkan. "Abe, bangun. Lambat lagi nak habis ni." Saya geleng perlahan. Punya la tangan ni lenguh menulis, dia senang-senang tidur. Masa kertas ni, ada sesuatu yang tak enak terjadi. Buat malu sekolah. Itu je yang saya terbayang. Memang pun. Daulat sekolah tercemar !
13 November 2008 :
Mathematics I and II. I thought it wouldn't a problem for me to handle this subject. But, it turned the other way round. Kertas I bagi saya, okey-okey saja. Salah satu dua soalan tu kira okey la. Hehe. Kertas II yang buat hal. Tak tahu nak kata. Okey keseluruhannya, tapi tak puas hati. Sebab tu la orang kata, cikgu cakap, dengar. Lawan cikgu, faham-faham je la. Haha. Cikgu suruh datang kelas malam tu, saya tak datang. Wasiat terakhir tu, tak sampai ke telinga ni. Kalau tahu, takde la gelabah macam ni. :( Alhamdulillah atas segala-galanya. Moga dipermudah urusan. Ameen.
18 November 2008 :
Allah..... Perit kalau teringat balik peristiwa hari ni. Additional Mathematics. Hmm... Subjek pertama yang boleh dianggap susah. Expect the unexpected. Patutnya saya berpegang pada prinsip tu. Tapi, saya expect soalan macam trial keluar. Soalan yang senang. Yang mudah ditafsir. Tapi, lagi sekali, expect the unexpected. Untuk kertas I. Rasanya takde masalah. Satu perkara yang seronok iaitu Cikgu Hishamudin yang bagi saya buku sifir. Hehe. Minggu pertama tu, Umie sibuk kata yang cikgu tu baik. Saya pun nak juga rasa kebaikannya. Haha. Memang pun. Beliau nampak baik masa tanya "Nak apa?". Keh keh keh. :P Kertas II. Waaaa.... susah sungguh. Berpeluh-peluh rasanya biarpun kipas tu dah habis meter dipusing. :( Tak sempat jawab semua soalan. Tu yang rasa parah. Otak kosong. Tak tahu nak buat apa. Tapi, Cikgu Hishamudin juga yang bagi buku sifir. Hehe. Hmm. Waktu ketua pengawas umum masa dah tamat, haru juga. Tengok-tengok soalan balik, ada yang tak sempat diperiksa, ada yang separuh jalan siap. Mulalah mata nak berair. Masa ikat kertas, jatuh juga ke bumi. Sedih.. sedih... sebab saya expect saya dapat jawab tapi tak sebenarnya. Lepas semua kertas siap dikutip, mulalah berkumpul.
"Eh, mata merah? Mengantuk sangat ke?"
"Ish, mengantuk apa pulak. Aku takleh jawab." Teresak."Eh, mata merah? Mengantuk sangat ke?"
"Ala... sama je la."
"Banyak... takut weh."
"Okey la tu. Takpe.."
"Teman aku hantar kertas graf. Pengawas tak ingat nak kutip."
"Jom.."
Jalan-jalan sambil sapu air mata. Cikgu Hishamudin je yang free masa tu. Yang lain, sibuk ikat kertas.
"So, susah, payah?"
Boleh tanya lagi ke? "Susah." Saya jawab sepatah.
"Ye la. Saya takde tanya senang ke susah." Dia senyum.
Ya Allah. Baru perasan yang beliau tak tanya senang ke tak. Haha. Saya senyum sambil mengesat mata yang agak pedih.
Keluar dewan, saya pergi ke kereta mendapatkan makanan tengah hari. Ayah tanya boleh buat ke tak. TAK BOLEH ! Noktah. Haha. Perkara dah lepas. Biarkan. :) Masa nak pergi ke kelas, bertembung lagi dengan Cikgu Hishamudin. Dia tanya lagi,
"Betul susah soalan tadi?"
Alaaa.. tanya lagi. "A'ah."
Lepas tu bermula la mesyuarat kecil-kecilan. Antara cikgu dengan budak-budak kelas lain. Saya join tapi sekejap. Buat apa nak bincang perkara dah lepas. Memang dah lepas. Tapi budak lain berminat betul. Haha. :D
Belah petang tu, PQS. Tak tahu nak kata apa. Tapi otak dah sedikit longgar. Fikir ala kadar. Mood memang takde. Mengantuk pun ya tapi tak la tersungkur menyembah bumi masa jawab tu. Cuma, bosan ! Haha. Siapa la yang susun jadual macam ni agaknya. Tak best.
20 November 2008 :
Chemistry. Pengajaran yang dapat dikutip : jangan study last-minute. Memang parah.
Hari sebelumnya, 19 November, sekitar pukul 1900, Han hantar mesej bagi soalan spot. Okey, bab 2 baca malam ni. Bab 9 simpan pagi esok. Tak sampai 5 minit lepas tu, mesej berbunyi.
"Malam ni, ada kelas Kimia. Pukul 8.30. Wajib. Sebarkan."
What??!! Memang terkejut. Air mata tak semena-mena mengalir. Rosak plan. Telefon Dilah. Dia tak tahu. Selang berapa minit, dia telefon balik.
"Aku tak pergi malam ni. Mu?"
"Aku pergi."
"Aik? Tadi kata tak nak."
"Entah. Hati kata nak." Senyum paksa. Redha. :)
Berdebar-debar. Memang la kalau berdebar-debar cepat lapar ek. Sepinggan nasi pun tak cukup nak cover perut. Haha. Malam tu pergi kelas cikgu. Dapat banyak info. Saya tanam azam, apa yang cikgu ajar dalam kelas malam tu, memang taknak ulang balik dah. Biar lekat betul-betul dalam minda. Balik tu, belek buku ala kadar. Dah mengantuk sangat.
Chemistry I okey walaupun dah tahu sesetengah soalan tu salah. Takpe. Chemistry II... benci ! Pengawas buat kelab bual kat belakang tu dan posisi saya merupakan yang paling belakang dalam dewan. Boleh bayang kan? Betapa seksanya. Nak fikir dengan tenang pun tak boleh. :( Chemistry III.. okey. Soalan Planning Experiment memang sebiji keluar macam spot. Cuma yang nombor 1 tu agak susah. Jawab memang boleh, tak tahu betul salah. Petang tu memang hujan lebat sangat. Kertas soalan tu rasa lembap je. Hehe. Kipas gear nombor 3. Sejuk sangat sementalah saya ni duduk betul-betul bawah kipas. Saya berpaling.. aaa Cikgu Fazory ada.
"Cikgu, tolong slow-kan kipas boleh?"

Ketawa kecil. "Ye."
Duduk sekejap, aiii makin sejuk je. Cikgu ni slow-kan kipas ke tambah speed ni. Memang gear 5 dah kot. Sejuk. Sejuk. Sejuk. Dah tak tahan sangat, saya angkat tangan dan berpaling ke belakang. Semua pengawas boleh dikatakan ada kat belakang. Tapi Cikgu Hishamudin yang perasan saya angkat tangan. Hehe. Dia angkat kening.
"Tolong tutup kipas, boleh?" Sambil buat muka kesian.
"Hmm. Sejuk la tu."
:D
Sekian. Chemistry menutup tabir. =)
21 November 2008 :
Pendidikan Syariah Islamiah I. Malam sebelum peperiksaan, perut terasa tak sedap ala beralun-alun. Mesti sebab makan roti canai. Nak tengok buku teks memang takde mood langsung. Tengok je la soalan-soalan lepas. Sambil buat ulang kaji. Sekitar 2100, dah terlelap. Tersedar pukul 0100 tapi mata berat sangat nak bangun. Hmm. Pukul 0330 tersedar balik. Tengok jam. Apa??!! Buku tak sentuh pun lagi. Tengok telefon, Umie ada hantar topik-topik penting. Awal pagi yang hening tu, duk belek topik-topik tu je la. Betul la orang kata, baca awal pagi cepat masuk. Senang je ingat. Alhamdulillah.
Masa jawab soalan, soalan pertama lagi. Aik? Macam pernah je baca soalan ni. Dah la A,B,C dan D pun tersusun macam soalan pernah dibuat. Belek-belek lagi. Yang ni pun sama. Kat mana ye pernah tengok soalan ni? Keseluruhannya, alhamdulillah. Boleh tahan la. Takde la peluru tu banyak yang habis. Kekeke :D Balik tu, tengok balik soalan tahun lepas. Sah ! Lembaga cedok balik soalan dulu-dulu. Punya la malas. Jawapan pun, elok je bersusun. Haha.
24 November 2008 :
Biology. Subjek yang paling digeruni. Kah kah kah. Malam sebelum peperiksaan, tidur awal. Pukul 2100. Hehe. Tu pun sebab merajuk takleh makan jeruk. :P Lepas tidur tu, bangun pukul 0130. Baca. Baca. Baca. Sampai pukul 0500. Warghh. Mengantuk. Ummie suruh tidur. Nanti mengantuk dalam dewan katanya. Check telefon. Han hantar mesej.
"Good luck esok. Bio weh ! Takut.."
0430.
Hish. Budak ni tidur lewat juga. Respek. Mesti baru tidur. Saya ni fresh lagi sebab baru je bangun. Hmm.
"Good luck to you too. It's ok Han. Usaha-usaha dah. Doa banyak-banyak. Moga dipermudah urusan."
Tidur. Tak lena. Kejap tersedar. Hmm. Takut sangat ke? Haishh. Bangun dalam 0615. Mandi, solat. Tetiba telefon berbunyi.
"Thanks Jah."
Senyum. =)
Hmm. Sesampai di sekolah, memang budak-budak ni tak renggang dengan buku. Belajar saat akhir, memang begini akhirannya. Hehe. Masuk dewan pun lambat sampai pengawas sendiri turun panggil. Hehe. Kertas I.. boleh tahan. Kertas II.. boleh tahan juga. Soalan spot tak boleh dipakai sangat. Hehe. Kertas III... hahaha. Gelak besar la. Eksperimen entah apa-apa. Tak tahu pun wujud. Jadi, Prof. Hafizah in action. Experiment turned out well. Trial yang berjaya dan tak tahu ada error ke tak. Rasanya ada. :))
25 November 2008 :
Physics. Subjek yang kritikal bagi saya. Pergi sekolah, duduk je atas kerusi,
"Jah, dapat mesej soalan spot semalam?"
"Yang macam masa kelas Sabtu tu ke?"
"Tak, the latest. Y tak hantar ke?"
Muka rasa panas. "Dia takde nombor".
"Dia guna nombor abang dia la."
"Dia takde nombor aku!" Nada bergetar amarah.
Ini SPM la kawan. Kalau spot kena, siapa tak sebu?
Tangannya menghulurkan kertas A4. Mata menari di atasnya. Tak cukup waktu dah nak belek balik buku tu.
"Dah la, aku naik dewan dulu."
Kerusi ditinggalkan. Memang rasa macam-macam. Kecewa, sedih, marah.. tak tahu la. Kertas I memang hancur. Otak tak dapat berfikir dengan efisien. Kertas II, rasa tak lalu nak telan. Masa nak masuk dewan, Cikgu Hashimah pesan,
"Bertenang. Ilmu dah penuh kat dada. Curahkan segala-galanya." sambil menepuk lembut bahu saya. Waaa.. sebak rasanya.
Memang betul. Soalan spot keluar. Tapi alhamdulillah, saya masih ada kekuatan untuk goreng soalan-soalan tu. Hehe. :)
Tapi satu perkara yang boleh buat saya senyum. Ketua pengawas, Encik Roni sendiri yang bagi saya helaian tambahan. Haha. Jarang perkara ni berlaku dan susah nak berlaku sebabnya saya duduk belakang sekali sedangkan ketua pengawas kebiasaannya duduk kat depan sekali. :D Physics Kertas III tu... agak kacau. Planning experiment memang sebetulnya merancang. Yang dihafal sepatah haram tak keluar. Hehe.
26 November 2008 :
Bahasa Arab Tinggi. Malam tu, duduk berguru dengan Abe Yie. Salin dalil. Al-Quran dan al-Hadis. Hehe. Nasib baik keluar solat dan pagi tu memang terlintas nak cari Hadis berkaitan solat. Hehe. Okey juga karangan tu walaupun nahu tu agak berterabur. Lepas hantar kertas, baru perasan solat tu Muannas bukan Muzakkar. Waaaa =( Hmm. Kertas I agak susah. Dah la bosan. Hehe. Memang bersusun budak laki keluar pergi tandas. Tujuannya, wallahua'lam. :P
Ops, lupa nak cerita. Pada malam tu, jam dah menjangkau 0000. Mata ni memang nak pejam je. Tapi tahan sebab nak habiskan bab nahu. Tangan tengah pegang roti. Pap ! Mata tertutup. Dalam tidur tu, saya bermimpi ada la dua orang budak laki kelas saya ni, mereka tu bangga sangat-sangat sebab dah habis cover semua topik. Yang saya ingat, saya kata, "Takpe. Aku boleh habiskan jugak !" Sekali gus dengan tu, mata terbuka. Jam menunjukkan 0330. Apa lagi, tak tahan dengan rasa menyampah dengan budak-budak tu, saya habiskan juga satu buku nota tu. Hehe.
27 November 2008 :
English for Science and Technology. 4 orang calon sahaja yang ambil. Haha. Kertas mula agak lewat. Pukul 1140. Disebabkan calon sedikit, pengawas susun kedudukan baru. Masuk je dewan,
"Awak cari la kertas OMR awak."
Cari punya cari, gulp! Dua dari depan dan tengah-tengah dewan. Memang sejuk. Waaa.. saya ni ada darah gemuruh dan alergik duduk kat depan. Haha. Masa trial macam tu juga. Kertas II berjalan dengan tidak lancar. Memang tak boleh fokus. Tak puas hati. Untuk kertas I tu, saya minta nak duduk kat belakang.
"Ikut awak la nak duk kat mana pun."
"Kenapa tak nak duk depan? Bosan dengar pengawas borak ke?"
Hahaha. Sememangnya, itulah jawapannya. Haha. Memang untuk kertas I, kedudukan berterabur. Calon-calon ambil tempat duduk sendiri. Tanpa disusun. Dan saya duduk kat belakang sekali antara 4 calon.
1 Disember 2008 :
Pendidikan Syariah Islamiah II. Selang hari yang diberikan cukup panjang. 3 hari. Dan kertas kali ini bermula pada sebelah petang. Tapi, dalam 3 hari tu, ada perkara yang kurang enak terjadi. Hari Sabtu, tak sedap badan. Nak muntah pun ada. Sebenarnya, alasan untuk tak nak ulang kaji. Hehe. Pada hari Ahad saja, saya dengan serius memegang buku. Hehe. Tapi, malam hari peperiksaan, saya tidur awal, tepat 2000. Tersedar pukul 0300. Bangun dan check telefon. Zati hantar soalan spot. Tapi, tak sama dengan apa yang saya dan Adilah spot. Saya spot Wakaf. Dilah spot Puasa. Nak lebih selamat, baca balik semua topik. Walaupun memang tak hadam membaca pagi tu, saya tahan. Kertas terakhir...
Bertolak ke sekolah lebih kurang 1.15 tengah hari. Kena pergi awal, kalau tak nanti, semput berlari. Hehe. Sesampai tu, Sara sorang je ada. Maka, berbincang la dengan dia. Nak istinbat hukum ni macam mana? Apa sebab nuzul ayat ni? Minit berganti minit. Semakin ramai yang dah sampai. Semua muka kecut je. Tak faham. :P Lagi beberapa minit menjangkau 1400, kaki melangkah ke dewan. Sampai kat tengah dewan, erk.. Tertinggal air. Waaa. Mana boleh takde air masa jawab exam. Nanti tak lancar penulisan. Berlari turun dengan Dayah. Masa nak ambil air tu, sempat lagi belek nota. Haha. Masuk balik ikut pintu belakang. Sebabnya, pengawas-pengawas tengah mengedarkan helaian soalan.
Masa nak beritahu pelajar-pelajar yang mereka dah boleh mula menjawab, Encik Roni tak guna mikrofon. Pelik. Dayah kata, "Mati-mati aku ingat cikgu dah bungkus semua alat tu. Kan dah cuti dah."
Saya kata, "Haru je. Kedekut betul sekolah kita." Tapi sebenarnya, elektrik terputus. Patutlah. Kipas tak pasang. Lampu tak menyala. Berbinar-binar mata ni membaca dalam gelap. Mood pula memang mengantuk. Tapi, semangat nak jawab sebab soalan yang saya spot keluar. Puasa pun keluar juga. Tak rugi saya hafal segala jenis bentuk dalil-dalil tak disepakati dan hukum-hukum syarak. Keluar juga akhirnya. :D
Kali ni, Cikgu AddMaths yang kutip kertas jawapan barisan saya. Dayah berpaling dan sengih. Haha. Semasa beliau sedang membetulkan helaian jawapan,
"Hari ni last la ye? Merdeka." Sambil melihat slip peperiksaan atas meja saya.
"A'ah" Senyum.
Ya Allah. Alhamdulillah. 11 hari dapat dilalui dengan pelbagai rasa dalam diri. Berbagai-bagai. Pengalaman manis. :)
NOTA TAMBAHAN :
- Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki saya sepanjang peperiksaan. Walaupun hati sedih dengan pelbagai rasa sebab tak boleh jawab, tapi banyak yang saya harapkan terjadi. Contohnya, niat saya nak jadi saksi masa pengawas buka bungkusan kertas soalan tercapai. Ada tandatangan dan nama saya tercatat atas bungkusan tu. (EST)
- Video ni, penyejuk hati tika susah. Sungguh. Nyaman rasanya. (ADDMATHS)
- Telefon yang saya gunakan sepanjang peperiksaan bukanlah milik saya. Milik ayah saya. Tapi sepanjang peperiksaan, saya diberi kebenaran untuk menggunakannya. Untuk kunci jam. :)
- Pengajaran yang dapat dikutip : walau perit macam mana sekalipun, bersangka baiklah. Ada hikmah atas segala-galanya. Dia sembunyikan matahari, tapi pelangi yang menanti. Betul tak? :D
Tempat duduk saya. Yang belakang tu, calon persendirian. Seingatnya, tak pernah dia datang. Haha.

6 comments:
Jah
am curious abt smthg lah
^.^
erk? which one?
hehe.
thx pijah for the video:)
panjang nye
babystar :
u're welcome. enjoy it. :)
pulasari :
=)
dah kasi peringatan. entri ni serius panjang.
Post a Comment