Jul 22, 2008

Assalamualaikum.
Keputusan utk peperiksan pertengahan tahun sudah pun diketahui. Alhamdulillah, saya masih lg mencapai target sekolah - 7A. Nombor utk peperiksaan kali ni jatuh satu anak tangga (eceyy :p) Dpt no. 4 - dlm kelas dan keseluruhan tingkatan 5.

Bahasa Melayu : 85 [1A]
Bahasa Inggeris : 73 [2A]
Bahasa Arab Tinggi : 68 [3B]
Mathematics : 89 [1A]
Add. Mathematics : 74 [2A]

Pend. al-Quran dan as-Sunnah : 83 [1A]

Pend. Syariah Islamiah : 77 [2A]

Sejarah : 70 [2A]

Biology : 62 [4B]
Chemistry : 63 [4B]
Physics : 46 [6C]

English for Science and Technology : 85 [1A]

---- Menaik
---- Menurun

??!! Byknya yg menurun. :(

Tuesday - July 22 :

Semalam saya dan kawan2 (Dilah & Dayah) keluar ke PM utk mencari sponsor bg majalah Ar-Raudhah 2008. Kami pergi dgn menaiki "kereta sapu". Kami terpaksa. Nk tunggu bas, lambat sgt. Beranikan diri naik perkhidmatan ni. Berserah sajalah. Alhamdulillah, kami selamat tiba di PM. :D Kerja2 semalam separuh beres. Ada lg yg perlu diselesaikan. Minggu depan, mungkin kami akan pergi semula. Td, terjumpa Cg Nasir dlm perjalanan pulang. Beliau ada bertanyakan hal semalam. Saya bercerita secara ala kadar, takkan la nk cerita satu2. Saya kejar masa. :p Cg Nasir kata, "Bagus". Hmm. Saya berfikir, takde la membanggakan sgt apa yg kami dpt semalam. Mungkin Cg nk bagi semangat supaya terus rajin buat kerja redaksi? haha. Kami rela buat apa2 kerja asalkan kami diberitahu, ditunjuk jalan. Kadang2, saya nk buat sesuatu, tp saya buntu. Tak tahu cara dan sbgnya. Hmm, bercakap psl redaksi, saya merupakan ketua editor bg tahun 2008. Saya tak tahu kenapa ada org setuju saya jd ketua. Mungkin mahu kenakan saya atau saya mmg layak utk jawatan ni? Bg saya, saya tak layak. Ada yg LEBIH layak drpd saya. Tp, sudah dipertanggungjawabkan, saya harus menunaikannya. Saya tahu, saya bukanlah ketua yg mantap, bagus, gemilang dan lain2.

Hari ni, di pagi hari, masa BM, kami belajar KOMSAS. Haha. Cg tanya, siapa nk baca sajak. Semua org nk dgr deklamasi Izzat. Katanya berjiwa artistik (berdasarkan survey kerjaya semasa kem motivasi). Kami sgt teruja. Tp, dia bknlah artistic sgt. Nak tak nak je buat. Dan, Cg suruh Aiman, org Salor utk deklamasi kali kedua. Wow, mmg tersentuh nilai patriotik. :D Lps tu, Cg kata nk dgr deklamasi drpd serikandi pula. Tak semena-mena Fadhli kata, "Azual! Azual!" Cg pun kata, "Serikandi tu perempuan". Haha. Tu la, tidur lg dlm kelas. Menyampuk tak tentu pasal. Sebentar kemudian, gabungan suara 2 org kawan saya dgn serentak berkata, "HAFIZAH". Ceh, pengkhianat ! Sampai hati suruh aku baca. :( Tp, saya gagahkan diri, berdiri dan mendeklamasikan sajak. Haha. Cg tanya, ada nada patriotik tak, ada seseorang tu kata, romantik ada la. Apa2 je la. :P

Thursday - July 24 :
Subjek kedua pd pagi ni ialah Matematik Tambahan. Saya minat subjek ni tp saya hilang punca pagi ni. Mengantuk saja. 2-3 kali saya terlelap masa cikgu mengajar. Diharapkan cikgu tak perasan. Saya risau andai cikgu terasa hati. Hmm. Usai mengajar, masa yg tinggal 10 minit cuma. Cikgu menyuruh kami sudahkan mana2 latihan yg belum siap. Saya terus buka SPM 2004 paper 1. Latihan tu diberi cikgu berkurun lamanya. Tp, saya malas nk buat. Hehe. Semasa cikgu meronda, dia terlihat akan latihan yg saya buat. Beliau tanya "Baru nk buat?". Beberapa saat kemudian, "Oh, tak ingat. Buku baru beli". Haha. Nasib baik beliau tak marah. Mengenangkan keadaan saya yg cukup mengantuk, tak memberi kosentrasi dlm kelas, beliau patut memarahi saya. Tp, beliau tak berbuat demikian. Syukur..
Begitu juga semasa subjek Matematik. Semasa cikgu mengajar, saya masih lg boleh bertahan. Tp, semasa membuat latihan, Ya Allah, hanya Tuhan yg tahu bagaimana rasa mengantuk saya. Tekan kalkulator salah. Tulis pun salah. Kawan saya dpt jawapan 16s, saya dpt 224s. Jauhkan beza org sedar dgn mengantuk? Hehe :P

Friday - July 25 :
Saya terdengar ceramah di televisyen berkaitan doa. Kata ustaz tersebut, doa yg paling senang dimakbulkan ialah doa drpd seorang yg mempunyai hati yg tenang. Hati mesti tenang semasa berdoa. Tp, beliau berkata, manusia skrg, waktu susah br nk berdoa, br nk ber"baik" dgn Allah. Oh, terkena batang hidung saya. Ya Allah. Mmg diakui, saya mudah lupa, lagha jika saya dihujani dgn rezeki, rahmat-Nya. Saya lambat utk bersyukur. Di kala saya susah, barulah saya terkinja-kinja mencari-Nya. Astaghfirullahalzim. -_-;

Buat teman-teman Ting. 5 :
Selamat belajar. Usah difikirkan kritikan yg dpt meluluhkan hati kita. Ambil yg jernih. Ambil kata2 guru sbg pembakar semangat kita. Teruskan berusaha. Masih belum terlambat utk membuat "turning point". Betul tak? Sekarang dh nk masuk bulan 8. Jgn terlalu fikir apa kata org. Kita study saja, okey? Cikgu hanya mahukan yg terbaik utk kita. Jg hubungan dgn Allah, manusia sekeliling dan juga alam sekitar. *hehe.

Wassalam.
=)


2 comments:

piYa said...

oh pijah!
alhamdulillah.
terima kasih pijah!
aku terharu baca komen mu dan entri mu yang ini!!

Pijah said...

u're welkem piya.

:-|